33445797_XL

Bersedia Melayari Rumah Tangga dengan Kekal Sihat

Bersedia Melayari Rumah Tangga dengan Kekal Sihat

Anda telah menyediakan segala-galanya untuk perkahwinan anda, tetapi sudahkan anda menyediakan diri untuk alam perkahwinan dan kehidupan berkeluarga? Alam pacaran dan percintaan akan pudar tidak lama lagi apabila keterujaan telah dialami. Selain perlu menyesuaikan diri dan menghadapi perangai masing-masing, tekanan berterusan dalam kehidupan harian, terutama pada zaman moden ini, mungkin menjejaskan perkahwinan yang masih baru.

Pasangan yang bijak akan bersiap sedia untuk menempuh perjalanan hidup mereka dengan menghadiri kaunseling praperkahwinan (atau kursus perkahwinan) dan membincangkan isu-isu penting sebelum perkahwinan, seperti kewangan, kerjaya, masa bersama-sama, masa dengan rakan-rakan, kerja-kerja rumah, kepercayaan agama dan bila untuk memulakan keluarga. Berikut adalah beberapa isu-isu umum.

Wang

Adalah penting untuk mewujudkan kesefahaman kewangan sebelum perkahwinan, seperti sama ada anda ingin membuka akaun bank bersama, berkongsi membayar bil, menabung untuk membeli rumah dan berapa banyak wang untuk diberikan kepada ibu bapa masing-masing. Merangka bajet bulanan berdasarkan pendapatan isi rumah dapat membantu menetapkan jangkaan yang betul.

Keintiman Fizikal

Masa yang lama di tempat kerja, kerja-kerja rumah dan tanggungjawab terhadap keluarga, malah isu-isu fizikal seperti libido rendah dan sindrom prahaid boleh memadamkan keghairahan. Penyelesaiannya termasuk mengkhususkan masa untuk berehat bersama-sama, membuat belanjawan untuk makan malam yang romantis dan mengambil suplemen untuk mengawal selia hormon dan meningkatkan keintiman.

Kerja–kerja Rumah

Adalah penting untuk membahagikan kerja-kerja rumah kerana kebanyakan pasangan pada masa ini perlu bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Menyenaraikan kerja-kerja pilihan dan membahagikan selebihnya dapat membantu mengelakkan pertengkaran dan kebencian pada masa hadapan.

Masa

Menguruskan rumah tangga yang baru bukanlah mudah dan pasangan perlu berusaha untuk mencari masa bersama. Khususkan masa untuk bersama-sama sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Bincang dan putuskan berapa banyak masa yang anda mahu habiskan dengan rakan-rakan, membeli-belah dengan teman-teman atau meluangkan masa bersama ibu bapa dan mertua.

Memulakan Keluarga
Bincang dengan tunang anda bila anda ingin memulakan keluarga dan berapa ramai anak yang anda ingini. Pasangan yang ingin memulakan keluarga awal atau yang berada dalam usia 40-an atau lebih mungkin perlu menimbangkan makanan tambahan herba oriental untuk mengawal sistem hormon, meningkatkan tenaga dan libido dan juga membantu meningkatkan peluang untuk hamil.

Herba Purba untuk Kesihatan Wanita

Mulakan perkahwinan dengan badan yang kuat, penuh semangat dan tenaga, bersedia untuk menghadapi azab dan nikmat hidup berkahwin, tidak dibelenggui isu-isu seperti ketidakselesaan prahaid, mood yang tak menentu dan libido rendah.

Salah satu cara untuk mengatasi isu-isu wanita adalah melalui ubat-ubatan. Bagaimanapun, kebanyakan ubatan Barat berfungsi untuk menyekat gejala atau merangsang bahagian-bahagian tertentu badan (seperti ubat penahan sakit dan pil hormon untuk sindrom prahaid) dan mungkin mempunyai kesan sampingan yang teruk.

Pilihan yang lebih baik adalah herba Cina. Sejak zaman purba, orang Cina telah menggunakan herba untuk menyuburkan badan, menguatkan tenaga ‘chi’ dan mengimbangi keseluruhan sistem pertahanan badan untuk kesihatan yang optimum. Ubatan Tradisional Cina (TCM) menawarkan pendekatan semula jadi dan menyeluruh kerana ia mengiktiraf hubungan antara buah pinggang, hati, sistem endokrin dan pembiakan.

Membekalkan zat kepada sistem-sistem ini menerusi gabungan sinergistik herba Oriental telah terbukti dapat membantu membaiki kesihatan dan tenaga secara keseluruhan sambil menghapuskan simptom fisiologi tertentu atau ketidakselesaan. Ini membantu menangani pelbagai isu kesihatan bagi lelaki dan perempuan, seterusnya menghasilkan perkahwinan yang lebih sihat dan bahagia.

ld-venus-gold

LD Venus Gold dirumus menggunakan formulasi herba yang telah diuji dengan herba terbaik Cina seperti Dang Gui, Dang Shen, Dan Shen, Bai Jiang Cao, Yi Mu Cao dan Huang Qi untuk mengatasi masalah fisiologi wanita dengan membantu mengaturkan haid, mengurangkan PMS, memperkayakan darah, menyuburkan sistem pembiakan dan membantu pemulihan selepas bersalin.

Dipek dalam botol kecil bagi memudahkan pengambilan, LD Venus Gold tidak memerlukan masa yang panjang untuk penyediaan. Ia juga disahkan halal dan tidak mengandungi hormon, bahan kimia, alkohol, steroid, ejen erectogenic (penegang) atau bahan-bahan tiruan.

Comments are closed.