Young handsome bearded man sitting in bed with white sheet pillow blanket in bedroom at home. Male spending time in room using mobile phone. Rest relax good mood lifestyle concept. Mock up copy space

Adakah Kita Dibutakan oleh Peralatan Pintar?

Adakah Kita Dibutakan oleh Peralatan Pintar?

Menurut David Allamby, seorang doktor mata laser terkemuka, kadar rabun jauh telah meningkat disebabkan penggunaan telefon pintar dan mungkin meningkat sebanyak 50% dalam masa 10 tahun akan datang. Telefon pintar, komputer dan menonton televisyen telah meningkatkan risiko para kanak-kanak dan orang muda terhadap kerosakan berkekalan penglihatan mereka dengan miopia melanda sehingga usia 40- an, malah mungkin menjurus kepada kebutaan dalam kes-kes yang serius.

Telefon pintar, tablet dan komputer membantu untuk meningkatkan pengetahuan melalui maklumat, penyelidikan dan permainan pendidikan, serta membantu dalam urusan kerja tetapi adakah peralatan teknologi ini membawa ancaman kepada generasi muda kita?

Doktor memberikan amaran bahawa sinar langsung dari skrin boleh merosakkan mata kita malah mungkin menjurus kepada kebutaan di dalam kes-kes yang serius. Salah satu kes sedemikian berlaku di Taiwan di mana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mengalami miopia setinggi 500 darjah disebabkan penggunaan tablet yang terlampau! Tablet kini menggantikan buku-buku teks di kebanyakan sekolah di seluruh dunia, keadaan ini mungkin merupakan suatu trend yang baharu namun membahayakan.

Lindungi penglihatan anda

Difahamkan bahawa terdapat penggunaan teknologi yang berlebihan pada setiap usia. Menurut Pusat Penyelidikan Pew:
  • Telefon bimbit adalah peranti yang paling popular di kalangan orang dewasa, terutama bagi mereka yang berumur di bawah 65 tahun. Sebanyak 85% orang dewasa memiliki telefon bimbit.
  • Dekstop paling popular di kalangan orang dewasa berumur 35-65 tahun, dengan 69% Gen X, 65% Younger Boomers, dan 64% Older Boomers memiliki peranti ini.
  • Millennial adalah satu-satunya generasi yang lebih cenderung memiliki komputer riba atau netbook daripada desktop: 70% memiliki komputer riba, berbanding dengan 57% yang memiliki desktop.
  • Konsol permainan (yang menghubungkan dengan skrin televisyen) lebih popular dengan orang dewasa muda dan berumur 18-46 tahun, dengan 63% memiliki peranti ini.
  • Komputer tablet, seperti tablet iPad dan Samsung Galaxy, paling popular dengan orang dewasa yang berumur 65 tahun ke bawah, dengan 4% dari semua orang dewasa memiliki peranti ini.

Mungkin anak-anak anda tidak berminat untuk menghentikan penggunaan peralatan-peralatan pintar tersebut, namun anda boleh melindungi mata mereka dengan nutrien yang sewajarnya.

Mata manusia mempunyai suatu sistem pertahanan terbina-dalam terhadap cahaya kuat namun pendedahan berlebihan kepada cahaya biru di dalam peralatan moden dan cahaya LCD dari skrin dan TV boleh menyebabkan makula kita merosot dengan lebih pantas berbanding dengan keadaan biasa.

Vzio, makanan untuk mata anda

Nutrien seperti lutein dan zeaxanthin adalah pilihan terbaik untuk melindungi penglihatan anda. Badan kita tidak dapat menghasilkan nutrien ini, yang bermaksud kita harus bergantung pada suplemen.

Formulasi eksklusif Vzio adalah teknologi yang dipatenkan yang mengandungi nisbah lutein dan zeaxanthin lengkap 5: 1 dari ekstrak marigold, ramuan sumber semula jadi, bagi menyokong kesihatan mata secara menyeluruh.

Formulasi eksklusif ini direka dengan Formulasi Kesihatan Mata Tri-Aksi yang berfungsi dengan sistem pertahanan semula jadi mata anda untuk menapis, melindungi, dan memulih dari dalam ke luar untuk penglihatan yang sihat. Kedua-dua lutein dan zeaxanthin mempunyai keupayaan untuk menapis cahaya biru yang berbahaya, melindungi mata anda daripada kerosakan dari radikal bebas, meningkatkan kepadatan pigmen makula, dan memulih sel-sel yang rosak.

Share this article

Comments are closed.