fertility

Bagaimana Meningkatkan Peluang Anda untuk Hamil

Bagaimana Meningkatkan Peluang Anda untuk Hamil

Kehamilan mungkin mudah untuk sebilangan orang, tetapi kepada sebilangan yang lain ia merupakan satu perjuangan. Berikut adalah 7 perubahan gaya hidup yang mudah untuk membantu anda meningkatkan peluang mengandung.

7 cara meningkatkan peluang untuk hamil

1. Tidur awal dan dapatkan cukup rehat

Tidur membantu anda untuk berehat dan mengawal perubahan mood. Ia juga menghasilkan hormon leptin yang mempengaruhi ovulasi dan kitaran haid.

2. Bersenam secukupnya

Senaman berimpak rendah seperti berjalan pantas, bermain golf atau aerobiks ringan dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan peluang untuk hamil. Berat badan yang berlebihan atau obes mengurangkan peluang untuk hamil, selain meningkatkan risiko keguguran, diabetes gestasi dan tekanan darah tinggi.

3. Relaks, bertenang

Tekanan boleh mengubah kitaran ovulasi dan pengeluaran hormon, seterusnya mengurangkan keupayaan anda untuk hamil. Bertenanglah dan biarkan ia berlaku secara semula jadi.

4. Jaga kebersihan bahagian intim

Jangkitan yis dan bakteria di kawasan intim wanita boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu gunakanlah produk pembersihan yang baik dengan herba dan minyak semula jadi untuk menghilangkan kekotoran dan bakteria berbahaya secara lembut tanpa menjejaskan bakteria yang baik.

5. Bertukar kepada tuala wanita antibakteria

Semasa haid, tahap pH kawasan intim anda akan menjadi lebih beralkali dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Beralih kepada tuala wanita yang antibakteria, antijangkitan dan anti-kelembapan boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

6. Pastikan kitaran haid yang tetap

Elemen paling penting untuk hamil ialah memastikan haid anda sihat dan tetap. Tanpa kitaran yang tetap, bukan sahaja sukar untuk menentukan tempoh masa ovulasi anda, tetapi ia juga bermakna pengeluaran telur anda lebih perlahan.

7. Lindungi kesuburan lelaki

Nasihati pasangan anda supaya tidak meletakkan telefon pintar di poket depan atau di tali pinggang – atau di mana sahaja yang hampir dengan alat sulitnya – bagi mengelakkan sperma daripada terdedah kepada gelombang elektromagnet dan haba.


Kesefaran Bahagian Intim

Feminine Hygiene Wash

Gel Pembersih 6-dalam-1 ini membersih, melega, merapi dan melembapkan bahagian intim. Dirumus eksklusif daripada ekstrak aloe vera, oak gall, minyak ylangylang dan kayu putih (Eucalyptus), ia membantu menghapuskan bau yang tidak menyenangkan, mengurangkan jangkitan dan membuat anda sentiasa segar.

Intimo Sanitary Pads

Intimo menggunakan triteknologi inovatif dengan serat arang bambu, esen bambu dan sebatian 5 herba eksklusifbersama-sama dengan Polimer Super Serap untuk membuatkan anda sentiasa segar, kering dan selamat.


Bagaimana jika saya tidak hamil selepas 6 bulan?

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk hamil walaupun selepas mencuba untuk beberapa bulan? Mungkin anda juga telah mencuba pelbagai teknik, posisi dan cara, tetapi masih tidak berjaya? Adakah ia normal? Kami akan membantu anda menjawab soalan-soalan berikut:

Apakah ketidaksuburan?

Ketidaksuburan adalah:

  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 1 tahun untuk mereka yang berumur 35 tahun ke bawah
  • Ketidakupayaan untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas

Tahukah anda?

Ketidaksuburan melibatkan
kira-kira

15% daripada
penduduk Malaysia

dan kira-kira
50-80 juta penduduk dunia.
Ia merupakan satu masalah
yang sangat biasa!

Adakah ketidaksuburan bergantung kepada jantina?

Bertentangan dengan kepercayaan biasa, ketidaksuburan bukan semata-mata isu wanita, tetapi merupakan masalah yang dihadapi oleh lelaki dan juga perempuan. Menurut Persatuan Perubatan Reproduktif Amerika, kira-kira 40% daripada ketidaksuburan bagi pasangan sebenarnya disebabkan atau disumbangkan oleh lelaki.

Sebab-sebab ketidaksuburan:

  • Umur (> 38 tahun)
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Hormon tidak seimbang (lelaki dan wanita)
  • Jumlah sperma rendah /morfologi(bentuk kepala) / motiliti (kelajuan sperma)
  • Kerosakan tiub
  • Keabnormalan rahim / uterus
Share this article

Comments are closed.